Makanan yang seimbang
Kita sering mendengar ungkapan bahawa cara pemakanan seseorang itu melambangkan tabiat,sikap atau keperibadian seseorang itu.Ini membuktikan corak pemakanan itusangat penting dalam kehidupan seseorang. Pengambilan makanan berkhasiat juga menjamin kesihatan disamping mengelakkan pelbagai jenis penyakit.
Ramai yang keliru dengan apa yang dimaksudkan pemakanan sihat dan hanya menganggap sayur-sayuran dan buah-buahan paling berkhasiat padahal ia lebih dari itu.Lebih membimbangkan,sikap kurang prihatin mengenai pemakanan telah mengundang penyakit seperti obesiti.Garis panduan pertama yang perlu diikuti dalam amalan pemakanan sihat ialah setiap individu harus menikmati pelbagai jenis makanan setiap hari seperti bijirin,buah,sayur,daging,ayam,kekacang,susu,lemak dan minyak.
Corak pengambilan makanan berkhasiat perlu dilakukan mengikut kuantiti tertentu berdasarkan empat peringkat piramid makanan di atas.
Peringkat pertama dalam pengambilan makanan adalah bijirin diikuti buah dan sayur yang berada di peringkat kedua dan seterusnya susu,dadih,keju,ikan,daging dan kekacang yang berada di peringkat ketiga.Produk yang paling sedikit diperlukan tubuh berada pada peringkat pertama iaitu di puncak dan ia adalah lemak,minyak,gula serta garam.
Setiap individu perlu mengekalkan berat badan sihat dengan mengimbangkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal.